Malaysia Cipta Rekod Lima Kali Memenangi Piala Thomas… Kali pertama pada 1949 dan terakhir pada 1992
Nurul Huda Antara Lima Perenang Terbaik Dunia… Mula bertanding di Sukan SEA 1985 di Bangkok dan memenangi 13 pingat emas ketika berusia 13 tahun.
Koo Kien Keat & Tan Boon Heong…Dengan enam kejuaraan yang diraih termasuk kejohanan berprestij All England, pasangan muda ini adalah fenomena baru badminton Negara.
Skuad Boling Negara…Merangkul banyak pingat emas dalam kejohanan sukan yang dipertandingkan.
“Kecil-kecil Cili Api” …Bryan Nickson Lomas membuktikan potensi yang ada padanya dalam sukan akuatik dengan memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal pada kejohanan Remaja Dunia di Belem, Brazil.
Qabil Ambak Jaguh Ekuestrian Negara Pelumba Ranking di Asia Tenggara…Muncul sebagai pelumba ranking terbaik Asia Tenggara acara jumping pada Kejohanan Kuda Antarabangsa Grand Prix Kuala Lumpur di Stadium Putra Bukit Jalil.
68 Pingat Emas…Kejayaan Kontinjen Negara dalam Sukan SEA Korat merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan atlit Negara.
SUKOM 98…Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (SUKOM) adalah temasya yang berjaya, lancer dan paling berjaya yang pernah dianjurkan.
Kejohanan Le Tour D’ Langkawi(LTdl)…Edisi Pertama telah diadakan pada 1996. Kini, LTdl menjadi perlumbaan berprestij dan besar di luar Eropah sehingga badan induk antarabangsa, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) memberi penghargaan tertinggi- Anugerah Merit UCI kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah membawa dan memperkenalkan Kejohanan Le Tour de Langkawin pada mata dunia
Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia, terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikkan telah menjadi perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini, beliau digelar “Pemain Badminton No. 1 di Dunia” dan ini sesungguhnya telah menaikkan imej negara di persada dunia.
Anak jati Malaysia ini telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan pada hari ini menetap di Bukit Mertajam. Walaupun beliau pada zaman mudanya amat menggemari permainan bola keranjang, beliau mula membenam minatnya dalam badminton sewaktu berusia 11 tahun. Pada masa itulah, beliau dibawa ke gelanggang badminton oleh ayahnya yang merupakan peminat permainan ini. Bakatnya terserlah walaupun masih muda dan hal ini telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan yang sanggup melatihnya. Beberapa tahun kemudian, Lee Chong Wei yang berusia 17 tahun didaftarkan ke dalam pasukan badminton Malaysia oleh Misbun Sidek.
Sejak hari itu, kerjaya beliau telah berkembang dan kejayaan pertama beliau adalah dalam pertandingan Malaysia Open pada tahun 2003, walaupun beliau dikalahkan oleh Chen Hong dari China. Tidak lama kemudian, pada tahun 2004 beliau mendapat peluang bermain dalam Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara. Walaupun dikalahkan oleh Chen Hong sekali lagi, kegigihannya akhirnya berbalas jua apabila beliau berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapat anugerah individu dalam pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.
Datuk Nicol Ann David
Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy professional Malaysia. Beliau telah mengukir nama untuk Malaysia di arena skuasy dunia, sekurang-kurangnya dalam kategori wanita. Kini, beliau dikenali sebagai pemain skuasy wanita No. 1 di Malaysia dan merupakan orang Asia pertama untuk mendapat gelaran tersebut. Beliau turut merupakan kebangaan Malaysia dalam bidang kesukanan.
Nicol merupakan cahaya mata jurutera tempatan berbangsa India, Desmond David dan seorang guru berbangsa Cina yang telah bersara, Ann Marie David. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, Lianne dan Cheryl yang juga merupakan pemain skuasy peringkat negara. Sebagai seorang kanak-kanak, Nicol seorang pelajar yang cerdik dan Matematik merupakan matapelajaran terbaiknya. Malah, dalam peperiksaan PMRnya, Nicol berjaya mencapai keputusan 7A dan ini membawanya satu langkah ke hadapan untuk mengecapi cita-cita menjadi jurutera seperti ayahnya.
Sejak beliau mula berkecimpung dalam sukan skuasy, beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Pertandingan tersebut berlangsung di Antwerp, Belgium dan beliau telah menjadi wanita termuda, pada usia 15 tahun, untuk memenangi pertandingan tersebut. Malah, beliau telah mengalahkan tiga pemain yang tersenarai dalam 20 pemain skuasy terhandal dunia dalam pertandingan tersebut. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Women’s CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Kejayaan terbarunya diukir semasa Datuk Nicol Ann David, pada tahun 2010, memenangi Kuala Lumpur Open untuk kali ke-enam sejak tahun 2000.
Sesungguhnya Datuk Nicol Ann David merupakan symbol kecemerlangan Malaysia dalam sukan skuasy dan kita sebagai generasi muda Malaysia harus mengambil iktibar dan meneladani tokoh Malaysia ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara ini dan menaikkan nama Malaysia dalam bidang kesukanan sedunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan