Petrosains
- Creative Science for School
Creative Science for School adalah program yang melayani untuk sekolah rendah dan menengah yang dipilih. Sekolah-sekolah ini mendapatkan untuk terlibat danmenyertai di dalam modul yang berbeza dari kegiatan ko-kurikulum-berkaitan.Program ini menghadapkan pelajar untuk konsep belajar interaktif dan memberikanpada kesempatan bagi mereka untuk secara peribadi mengalami prosespembelajaran ilmu pengetahuan melalui penemuan.
- Science Shows and Busking
Science Shows and Busking adalah ilmu demonstrasi yang memanfaatkanbarang-barang sehari-hari seperti botol plastik,, kertas sedotan, sendok, syiling danmusch, banyak lagi untuk menunjukkan pelbagai prinsip-prinsip ilmiah. Kegiatan inimendorong penyertaan pengunjung dan juga membantu mereka link prinsip-prinsipini ke rutinitas sehari-hari.
- Science Shows
Ini adalah ilmu demonstrasi yang berlangsung selama kira-kira 15 minit dan merekamengambil placeat Ilmu Stesen 1. Setiap menunjukkan biasanya didasarkan padatopik ilmu tertentu, seperti tekanan udara, kimia organik dan banyak lagi. Inimenunjukkan yang menyenangkan kerana interaktif dan hidup, dan kadang-kadangtetamu boleh menjadi sukarelawan selama demonstrasi!
- Busking
Ini merupakan kegiatan yang didasarkan pada konsep ilmu pengetahuan di manafasilitator akan melakukan sedikit "trik" dengan item yang tersembunyi di sakumereka saat berjalan di sepanjang pusat.
- Petronas science scouts
The Science Petrosains Pengakap adalah sebuah program selepas jam sekolahinovatif yang ditawarkan oleh Petrosains Pusat Discovery. Program ini membolehkansains SD-penonton pengalaman dengan melibatkan mereka dalam kegiatan belajarmenyenangkan dengan menggunakan pendekatan Petrosains menjadi Hands-On,Minds-On, dan Hearts-On!
Planetarium Negara
sejarah:Tahun 1994 telah membuka era baru kepada Malaysia dalam bidang teknologi dan sains angkasa dengan perasmian Planetarium Negara. Peristiwa tersebut bukan sekadar memberikan tumpuan kepada keseluruhan reka bentuk dan seni bina serta keunikan kemudahan Planetarium bahkan juga menggambarkan kesungguhan Kerajaan di atas pembangunan sains dan teknologi angkasa.
Planetarium Negara pada mulanya adalah di Bahagian Planetarium di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula dalam tahun 1990 dan disiapkan pada tahun 1993. Pelancaran secra tidak rasmi bermula pada bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, pada 7hb Februari 1994. Setelah setahun setengah beroperasi dengan jayanya, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah alih ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
Mengambil masa tiga tahun untuk dibina, kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berbentuk berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang cukup hebat kepada jurubina projek, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa di hadapi sebelum tempoh pameran selesai dipasang.
Memandangkan kerumitan menyelaras sebegitu banyak pembekal luar negara, ditambah dengan ketiadaan pakar yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan, kejayaan bagi menyiapkan kompleks dan pemasangan kesemua peralatan dengan kelewatan yang minimum sebenarnya merupakan satu kejayaan yang membanggakan.
Di sebalik kesukaran ini, Planetarium Negara masih berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam memberikan kesedaran tentang kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan mengorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.
Kemudahan
Fasiliti yang boleh didapati di Planetarium Negara adalah :
- Taman Replika Balai Cerap Purba
- Kawasan Rekreasi bertemakan angkasa
- Galeri Pameran
- Galeri Pemandangan (dilengkapi Binokular)
- Teatret
- Teater Angkasa
- Balai Cerap Planetarium Negara
Pusat Sains Negara (PSN)
Sejarah
Konsep penubuhan sebuah Pusat Sains Negara (PSN) telah diilhamkan pada awal tahun 1980an. Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN) memainkan peranan penting dalam usaha mengkonsepsikan penubuhan sebuah Pusat Sains Negara, yang mana objektif cadangan pembinaannya adalah untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman Sains dan Teknologi di kalangan rakyat Malaysia. Memandangkan penubuhan sebuah Pusat Sains dengan segala keperluan merupakan satu cabaran yang memerlukan penyelidikan dan perancangan yang rapi, maka dicadangkan penubuhan sebuah Pusat Sains sementara sebagai satu langkah interim. Bagi tujuan tersebut, sebuah rumah kerajaan di alamat JKR 641, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur telah diubahsuai. Pada 5 April 1986, Pusat Sains sementara telah dibuka secara rasmi oleh YB Datuk Amar Stephen Yong merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu. Sejak penubuhannya, Pusat Sains sementara telah menambah koleksi bahan pameran, yang sebahagian besarnya adalah daripada suatu pameran bergerak.Impian mula menjadi kenyataaan pada tahun 1990 apabila projek Pusat Sains Negara telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-5 untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6. Kerja pembinaan bangunan dan insfrastruktur asas bermula pada November 1991. Pada 27 Februari 1992, Encik Abdul Ghafar Baba selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, telah merasmikan tapak projek Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kerja pembinaan diteruskan dan siap pada November 1993. Projek pembinaan akuarium terowong pula bermula pada September 1993 dan siap sepenuhnya pada Ogos 1994. Rekabentuk bangunan Pusat Sains Negara yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Rekabentuk ini merupakan bukti daya kreatif dan inovatif Jabatan Kerja Raya yang juga merupakan agensi pelaksanaannya.
Pusat ini dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Bersepadu (IBMS) dan mempunyai dua aras ruang galeri pameran dengan keluasan 6,717.6meter persegi. Di Pusat ini terdapat sebuah perpustakaan multimedia, sebuah makmal sains, tiga buah bengkel, dua auditorium dan sebuah dewan serbaguna. Kawasan persekitaran Pusat Sains bertemakan lanskap pendidikan dan ciri utama lanskap adalah kolam ekologi, taman herba dan taman permainan kanak-kanak. Bahan pameran yang terdapat di lanskap Pusat Sains Negara bertumpu kepada sains fizikal dan biologikal serta saling melengkapi bahan pameran yang terdapat di galeri pameran.
Serentak dengan proses pembinaan bangunan, bahan pameran sains beriteraktif telah direkabentuk oleh pakar tempatan dan luar negeri. Kerja fabrikasi bahan pameran bagi Aras 1 bermula pada Ogos 1994 dan siap pada Mei 1995, manakala kerja fabrikasi bahan pameran Aras 2 pula bermula pada Oktober 1995 dan siap pada September 1996. Bagi memastikan bahan pameran sentiasa selaras dengan kemajuan Sains dan Teknologi, Pusat ini bercadang untuk menaikkan taraf bahan pameran yang sedia ada secara berterusan supaya pengalaman para pengunjung sentiasa bertambah.
Selepas satu dekad beroperasi, Pusat Sains sementara telah ditutup secara rasmi pada 15 April 1996.
Hari ini, impian kita menjadi kenyataan
Pusat Sains Negara telah dirasmikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 29 November 1996, di mana terdapat pelbagai bahan pameran yang direka khas bagi tujuan merangsang, menarik dan menggalakkan pelawat untuk menaruh minat yang tinggi di dalam bidang sains dan teknologi. Bahan pameran telah dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi, yang terletak di galeri-galeri tertentu berdasarkan tema yang tersendiri. Secara keseluruhan konsep yang ingin diketengahkan oleh Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dan alam sekitar dengan agama, serta untuk mengaitkan sains dengan aspek kehidupan, pengetahuan dan aplikasinya di dalam aktiviti harian.
Pusat Sains Negara semakin maju dengan misinya menyediakan perkhidmatan pusat sumber yang terbaik dengan memberikan akses kepada maklumat sains dan teknologi kepada orang ramai dan organisasi secara tepat, cepat dan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan