Rabu, 30 Mac 2011

Bidang Pelancongan

Tempat-tempat pelancongan
Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.


Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan di mana pada abad ke 19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.


Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia.
Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.



Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.



Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah "peranannya" menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara.  di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu.

Batu Caves (atau Gua Batu dalam bahasa Melayu) terletaknya di sebelah utara Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Dewa Subramania, Dewa Hindu.

Bidang Muzik & Tarian

MUZIK TRADISIONAL

Malaysia juga terkenal dalam bidang muzik. Kini, boleh kita dengar bahawa penyanyi-penyanyi Malaysia seperti Siti Nurhaliza membuat persembahan di luar negara. Penyanyi yang berkebolehan sepertinya akan mengharumkan lagi nama Malaysia dengan lagu-lagu hit. Dapat kita lihat, Malaysia kini terkenal dalam lagu-lagu pada zaman kini iaitu daripada kategori balada, rock dan sebagainya.

Namun, muzik di Malaysia juga terkenal dari segi budaya dan warisan. Kepelbagaian warisan budaya dan kaum di Malaysia paling ketara dilihat pada jenis-jenis muzik dan tarian yang terdapat di sini. Tarian kaum Melayu, Orang Asli serta beberapa suku kaum penduduk di Sabah dan Sarawak benar-benar eksotik dan menawan. Setelah sekian lama kaum Cina, India dan Portugis menetap di Malaysia, tarian-tarian tradisi negara asal mereka juga menjadi sebahagian daripada warisan dan budaya Malaysia.

Muzik tradisional ini tercipta bersama tarian mereka sendiri yang mengagumkan mengikut kaum masing-masing. Antaranya ialah :

Mak Yong MelayuTarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

Kuda KepangTarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung.

ZapinPengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.


JogetTarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.


Tarian LilinSebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.

SilatSalah satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan diri, Silat juga adalah suatu seni yang boleh dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.


Tarian SingaTarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian – sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat diantara penari-penarinya.
Tarian NagaNaga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat.

India Bharata NatyamTarian klasik India ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandangkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikuasai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun.
BhangraBanghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan.
Sabah dan Sarawak
NgajatNgajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.
Datun JuludTarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.

SumazauSumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang terbang.

Tarian BuluhTarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh tersebut tanpa tersepit.


Orang AsliTarian Orang Asli Semenanjung Malaysia mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kerohanian mereka. Tarian ini lazimnya digunakan oleh pawang dalam upacara menghubungi dunia roh. Tarian tersebut termasuklah tarian Genggulang kaum Mah Meri, tarian Berjerom kaum Jah-Hut, serta Sewang oleh kaum Semai dan Temiar.

Antara alat muzik yang digunakan dalam menghasilkan muzik tradisional ini ialah :


Rebana UbiKetika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

KompangKompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

GambusGambus dibawa ke Malaysia oleh para pedagang dari Farsi serta Timur Tengah. Gambus dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu, terutama sekali sebagai alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka halus menggunakan campuran berbagai jenis kayu, menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi (harp).


SapeSape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

Bidang Sukan

Kecemerlangan Sukan Merintis Kegemilangan
Malaysia Cipta Rekod Lima Kali Memenangi Piala Thomas… Kali pertama pada 1949 dan terakhir pada 1992

Nurul Huda Antara Lima Perenang Terbaik Dunia… Mula bertanding di Sukan SEA 1985 di Bangkok dan memenangi 13 pingat emas ketika berusia 13 tahun.

 
Koo Kien Keat & Tan Boon Heong…Dengan enam kejuaraan yang diraih termasuk kejohanan berprestij All England, pasangan muda ini adalah fenomena baru badminton Negara.

Skuad Boling Negara…Merangkul banyak pingat emas dalam kejohanan sukan yang dipertandingkan.

Kecil-kecil Cili Api” …Bryan Nickson Lomas membuktikan potensi yang ada padanya dalam sukan akuatik dengan memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal pada kejohanan Remaja Dunia di Belem, Brazil.

Qabil Ambak Jaguh Ekuestrian Negara Pelumba Ranking di Asia Tenggara…Muncul sebagai pelumba ranking terbaik Asia Tenggara acara jumping pada Kejohanan Kuda Antarabangsa Grand Prix Kuala Lumpur di Stadium Putra Bukit Jalil.

68 Pingat Emas…Kejayaan Kontinjen Negara dalam Sukan SEA Korat merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh pasukan atlit Negara.

SUKOM 98…Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (SUKOM) adalah temasya yang berjaya, lancer dan paling berjaya yang pernah dianjurkan.


Kejohanan Le Tour D’ Langkawi(LTdl)…Edisi Pertama telah diadakan pada 1996. Kini, LTdl menjadi perlumbaan berprestij dan besar di luar Eropah sehingga badan induk antarabangsa, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) memberi penghargaan tertinggi- Anugerah Merit UCI kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah membawa dan memperkenalkan Kejohanan Le Tour de Langkawin pada mata dunia


Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia, terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikkan telah menjadi perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini, beliau digelar “Pemain Badminton No. 1 di Dunia” dan ini sesungguhnya telah menaikkan imej negara di persada dunia.

Anak jati Malaysia ini telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan pada hari ini menetap di Bukit Mertajam. Walaupun beliau pada zaman mudanya amat menggemari permainan bola keranjang, beliau mula membenam minatnya dalam badminton sewaktu berusia 11 tahun. Pada masa itulah, beliau dibawa ke gelanggang badminton oleh ayahnya yang merupakan peminat permainan ini. Bakatnya terserlah walaupun masih muda dan hal ini telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan yang sanggup melatihnya. Beberapa tahun kemudian, Lee Chong Wei yang berusia 17 tahun didaftarkan ke dalam pasukan badminton Malaysia oleh Misbun Sidek.

Sejak hari itu, kerjaya beliau telah berkembang dan kejayaan pertama beliau adalah dalam pertandingan Malaysia Open pada tahun 2003, walaupun beliau dikalahkan oleh Chen Hong dari China. Tidak lama kemudian, pada tahun 2004 beliau mendapat peluang bermain dalam Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara. Walaupun dikalahkan oleh Chen Hong sekali lagi, kegigihannya akhirnya berbalas jua apabila beliau berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapat anugerah individu dalam pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.


Pendek kata, Malaysia dikurniakan dengan seorang yang berbakat dalam bidang kesukanan badminton dan Datuk Lee Chong Wei akan terus menjadi simbol kegigihan dan usaha berdaya maju bagi generasi baru Malaysia untuk mengejar impian dan cita-cita. Sememangnya kita semua harus menjadikan beliau sebagai teladan dalam berusaha mencapai kejayaan untuk tanah air yang tercinta.
 
Datuk Nicol Ann David
Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy professional Malaysia. Beliau telah mengukir nama untuk Malaysia di arena skuasy dunia, sekurang-kurangnya dalam kategori wanita. Kini, beliau dikenali sebagai pemain skuasy wanita No. 1 di Malaysia dan merupakan orang Asia pertama untuk mendapat gelaran tersebut. Beliau turut merupakan kebangaan Malaysia dalam bidang kesukanan.

Nicol merupakan cahaya mata jurutera tempatan berbangsa India, Desmond David dan seorang guru berbangsa Cina yang telah bersara, Ann Marie David. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, Lianne dan Cheryl yang juga merupakan pemain skuasy peringkat negara. Sebagai seorang kanak-kanak, Nicol seorang pelajar yang cerdik dan Matematik merupakan matapelajaran terbaiknya. Malah, dalam peperiksaan PMRnya, Nicol berjaya mencapai keputusan 7A dan ini membawanya satu langkah ke hadapan untuk mengecapi cita-cita menjadi jurutera seperti ayahnya.

Sejak beliau mula berkecimpung dalam sukan skuasy, beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Pertandingan tersebut berlangsung di Antwerp, Belgium dan beliau telah menjadi wanita termuda, pada usia 15 tahun, untuk memenangi pertandingan tersebut. Malah, beliau telah mengalahkan tiga pemain yang tersenarai dalam 20 pemain skuasy terhandal dunia dalam pertandingan tersebut. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Women’s CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Kejayaan terbarunya diukir semasa Datuk Nicol Ann David, pada tahun 2010, memenangi Kuala Lumpur Open untuk kali ke-enam sejak tahun 2000.
Sesungguhnya Datuk Nicol Ann David merupakan symbol kecemerlangan Malaysia dalam sukan skuasy dan kita sebagai generasi muda Malaysia harus mengambil iktibar dan meneladani tokoh Malaysia ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara ini dan menaikkan nama Malaysia dalam bidang kesukanan sedunia.

Bidang Pertanian


Pertanian meliputi 20 % (kira-kira 6.6 juta hektar)daripada jumlah keluasan kawasan tanah di Malaysia.
 
Padi merupakan makanan ruji penduduk Malaysia.Dataran Kedah - Perlis digelar "Jelapang Padi Malaysia"
Keadaan yang sesuai untuk tanaman padi ialah :
  • tanah rata
  • tanih aluvium subur
  • hujan tahunan lebih 2000mm
  • air yang mencukupi semasa padi membesar
  • cuaca yang baik semasa musim menuai

Getah pula merupakan antara tanaman eksport utama Malaysia.Industri getah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.Kebanyakan getah ditanam di kebun kecil yang kurang daripada 40 hektar.
Negeri Johor merupakan pengeluar getah yang terbesar di Malaysia.

Getah digunakan untuk membuat tayar,tapak kasut,kusyen,tilam dan sebagainya.
 
Tanaman-tanaman lain:



Contoh tanaman lain di Malaysia ialah nanas, lada hitam,teh,tembakau,tebu,kopi, ubi kayu dan kelapa.


Tanaman di Malaysia
 
Kelapa sawit 
  • Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)
  • Pahang (Jengka, Pahang Tenggara)
  • Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak)
  • Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai)
  • Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)   
Getah
  • Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah   
Koko 
  • Perak (Teluk Intan)
  • Selangor (Sabak Bernam)
  • Johor (Batu Pahat, Muar)   
Kelapa
  •  Selangor (Sabak Bernam)
  • Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh)
  • Johor (Batu Pahat)
  • Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat)
  • Sarawak (Mukah, Kucing)   
Padi 
  • MUDA (Kedah-Perlis)
  • Dataran Kelantan
  • Seberang Perak
  • Krian-Sungai Manik
  • Barat Laut Selangor   
Sayuran
  •  Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang   
Buah-buahan 
  • Durian – Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat
  • Rambutan – P. Pinang, Muar
  • Limau – Jerantut, Ulu Terangganu
  • Limau bali – Ipoh   
Tebu
  • Kedah (Padang Terap)
  • Perlis (Chuping)   
Kopi 
  • Kedah – Kopi Robusta
  • Cameron Highlands – Kopi Arabica 
Teh
  • Teh tanah tinggi – Cameron Highlands dan Kundasang
  • Teh tanah pamah – Banting dan Bukit Cheding

Bidang Sains

Petrosains
 

  • Creative Science for School
 
Creative Science for School adalah program yang melayani untuk sekolah rendah dan menengah yang dipilih. Sekolah-sekolah ini mendapatkan untuk terlibat danmenyertai di dalam modul yang berbeza dari kegiatan ko-kurikulum-berkaitan.Program ini menghadapkan pelajar untuk konsep belajar interaktif dan memberikanpada kesempatan bagi mereka untuk secara peribadi mengalami prosespembelajaran ilmu pengetahuan melalui penemuan.
  • Science Shows and Busking

Science Shows and Busking adalah ilmu demonstrasi yang memanfaatkanbarang-barang sehari-hari seperti botol plastik,, kertas sedotan, sendok, syiling danmusch, banyak lagi untuk menunjukkan pelbagai prinsip-prinsip ilmiah. Kegiatan inimendorong penyertaan pengunjung dan juga membantu mereka link prinsip-prinsipini ke rutinitas sehari-hari.

  • Science Shows

Ini adalah ilmu demonstrasi yang berlangsung selama kira-kira 15 minit dan merekamengambil placeat Ilmu Stesen 1. Setiap menunjukkan biasanya didasarkan padatopik ilmu tertentu, seperti tekanan udara, kimia organik dan banyak lagi. Inimenunjukkan yang menyenangkan kerana interaktif dan hidup, dan kadang-kadangtetamu boleh menjadi sukarelawan selama demonstrasi!

  • Busking

Ini merupakan kegiatan yang didasarkan pada konsep ilmu pengetahuan di manafasilitator akan melakukan sedikit "trik" dengan item yang tersembunyi di sakumereka saat berjalan di sepanjang pusat.

  • Petronas science scouts
The Science Petrosains Pengakap adalah sebuah program selepas jam sekolahinovatif yang ditawarkan oleh Petrosains Pusat Discovery. Program ini membolehkansains SD-penonton pengalaman dengan melibatkan mereka dalam kegiatan belajarmenyenangkan dengan menggunakan pendekatan Petrosains menjadi Hands-On,Minds-On, dan Hearts-On!


Planetarium Negara
sejarah:
Tahun 1994 telah membuka era baru kepada Malaysia dalam bidang teknologi dan sains angkasa dengan perasmian Planetarium Negara. Peristiwa tersebut bukan sekadar memberikan tumpuan kepada keseluruhan reka bentuk dan seni bina serta keunikan kemudahan Planetarium bahkan juga menggambarkan kesungguhan Kerajaan di atas pembangunan sains dan teknologi angkasa.

Planetarium Negara pada mulanya adalah di Bahagian Planetarium  di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula dalam tahun 1990 dan disiapkan pada tahun 1993. Pelancaran secra tidak rasmi bermula pada bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, pada 7hb Februari 1994. Setelah setahun setengah beroperasi dengan jayanya, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah alih ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
 Mengambil masa tiga tahun untuk dibina, kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berbentuk berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang cukup hebat kepada jurubina projek, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa di hadapi sebelum tempoh pameran selesai dipasang.
 Memandangkan kerumitan menyelaras sebegitu banyak pembekal luar negara, ditambah dengan ketiadaan pakar yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan, kejayaan bagi  menyiapkan kompleks dan pemasangan kesemua peralatan dengan kelewatan yang minimum sebenarnya merupakan satu kejayaan yang membanggakan.
 Di sebalik kesukaran ini, Planetarium Negara masih berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam memberikan kesedaran tentang kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan mengorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.
Kemudahan
Fasiliti yang boleh didapati di Planetarium Negara adalah :
  • Taman Replika Balai Cerap Purba
  • Kawasan Rekreasi bertemakan angkasa
  • Galeri Pameran
  •  Galeri Pemandangan (dilengkapi Binokular)
  •  Teatret
  •  Teater Angkasa
  • Balai Cerap Planetarium Negara
Pusat Sains Negara (PSN)
 
 
Sejarah
Konsep penubuhan sebuah Pusat Sains Negara (PSN) telah diilhamkan pada awal tahun 1980an. Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN) memainkan peranan penting dalam usaha mengkonsepsikan penubuhan sebuah Pusat Sains Negara, yang mana objektif cadangan pembinaannya adalah untuk mewujudkan kesedaran dan kefahaman Sains dan Teknologi di kalangan rakyat Malaysia. Memandangkan penubuhan sebuah Pusat Sains dengan segala keperluan merupakan satu cabaran yang memerlukan penyelidikan dan perancangan yang rapi, maka dicadangkan penubuhan sebuah Pusat Sains sementara sebagai satu langkah interim. Bagi tujuan tersebut, sebuah rumah kerajaan di alamat JKR 641, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur telah diubahsuai. Pada 5 April 1986, Pusat Sains sementara telah dibuka secara rasmi oleh YB Datuk Amar Stephen Yong merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu. Sejak penubuhannya, Pusat Sains sementara telah menambah koleksi bahan pameran, yang sebahagian besarnya adalah daripada suatu pameran bergerak.

Impian mula menjadi kenyataaan pada tahun 1990 apabila projek Pusat Sains Negara telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-5 untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6. Kerja pembinaan bangunan dan insfrastruktur asas bermula pada November 1991. Pada 27 Februari 1992, Encik Abdul Ghafar Baba selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, telah merasmikan tapak projek Pusat Sains Negara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kerja pembinaan diteruskan dan siap pada November 1993. Projek pembinaan akuarium terowong pula bermula pada September 1993 dan siap sepenuhnya pada Ogos 1994. Rekabentuk bangunan Pusat Sains Negara yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Rekabentuk ini merupakan bukti daya kreatif dan inovatif Jabatan Kerja Raya yang juga merupakan agensi pelaksanaannya.
Pusat ini dilengkapi dengan Sistem Pengurusan Bersepadu (IBMS) dan mempunyai dua aras ruang galeri pameran dengan keluasan 6,717.6meter persegi. Di Pusat ini terdapat sebuah perpustakaan multimedia, sebuah makmal sains, tiga buah bengkel, dua auditorium dan sebuah dewan serbaguna. Kawasan persekitaran Pusat Sains bertemakan lanskap pendidikan dan ciri utama lanskap adalah kolam ekologi, taman herba dan taman permainan kanak-kanak. Bahan pameran yang terdapat di lanskap Pusat Sains Negara bertumpu kepada sains fizikal dan biologikal serta saling melengkapi bahan pameran yang terdapat di galeri pameran.
Serentak dengan proses pembinaan bangunan, bahan pameran sains beriteraktif telah direkabentuk oleh pakar tempatan dan luar negeri. Kerja fabrikasi bahan pameran bagi Aras 1 bermula pada Ogos 1994 dan siap pada Mei 1995, manakala kerja fabrikasi bahan pameran Aras 2 pula bermula pada Oktober 1995 dan siap pada September 1996. Bagi memastikan bahan pameran sentiasa selaras dengan kemajuan Sains dan Teknologi, Pusat ini bercadang untuk menaikkan taraf bahan pameran yang sedia ada secara berterusan supaya pengalaman para pengunjung sentiasa bertambah.
Selepas satu dekad beroperasi, Pusat Sains sementara telah ditutup secara rasmi pada 15 April 1996.
Hari ini, impian kita menjadi kenyataan

Pusat Sains Negara telah dirasmikan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 29 November 1996, di mana terdapat pelbagai bahan pameran yang direka khas bagi tujuan merangsang, menarik dan menggalakkan pelawat untuk menaruh minat yang tinggi di dalam bidang sains dan teknologi. Bahan pameran telah dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi, yang terletak di galeri-galeri tertentu berdasarkan tema yang tersendiri. Secara keseluruhan konsep yang ingin diketengahkan oleh Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dan alam sekitar dengan agama, serta untuk mengaitkan sains dengan aspek kehidupan, pengetahuan dan aplikasinya di dalam aktiviti harian.
Pusat Sains Negara semakin maju dengan misinya menyediakan perkhidmatan pusat sumber yang terbaik dengan memberikan akses kepada maklumat sains dan teknologi kepada orang ramai dan organisasi secara tepat, cepat dan mudah.